Takut Jarum

Posted by zackism Friday, December 7, 2012

assalamualaikum wbt,

"Doktor,saya takut jarum!"

Tajuk buku yang saya teruja terus membaca. Buku ini sesuai untuk bacaan umum malah amat sesuai untuk bakal-bakal doktor mahupun junior doktor. Buku ini banyak mengupas isu-isu semasa, bagaimana cara pemikiran masyarakat sekarang mengenai perubatan moden. Sekarang di Malaysia ada pelbagai lapisan masyarakat,bermula dari yang muda hingga ke generasi tua. Sememangnya generasi tua malah ada segelintir generasi muda ini menolak dan kurang mempercayai perubatan moden. Saya sendiri pernah mendengar cerita-cerita,riwayat-riwayat ganjil yang saya sendiri pun susah nak percaya tapi itu semua kuasa Allah. Ada pesakit yang sudah mendapat breast cancer tahap 4 dah metastasis tapi dengan perubatan tersebut mampu menyembuhkan. Saya sendiri tak tau nk komen mcam mana.Tapi apa-apa pun kita berubat haruslah berubat dengan cara betul.Kalau lapar ikhtiarnya makan makanan yang mengenyangkan.Bolehkah kita makan pasir? Andai seseorang itu percaya yang pasir mampu mengenyangkan maka itu adalah tahyul juga termasuk dalam syirik dan kurang cerdik. Dalam buku karangan Dr.Zubaidi ni, beliau ada mengupas mengenai bagaimana cara berubat dengan betul apa itu tahyul apa itu khurafat. Saya memetik dari bukunya,

"secara mudah, khurafat dan tahyul adalah suatu perbuatan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar.Tiada bukti saintifik yang mengatakan perubatan yang dilakukan berkesan dan tiada juga dalam nas al-Quran dan hadis"

Banyak lagi yang beliau kupas dalam buku tersebut,dari permasalahan perempuan contohnya,penghasilan breast milk fron non-pregnant woman, bahaya maggie,kesihatan anak kecil sampailah kepada permasalahan trypanophobia iaitu takut kepada jarum yang ketara. Selain itu beliau juga mengupas masalah rawatan lintah. Sedikit info yang ingin saya kongsi melalui pembacaan saya.Lintah mampu menghilangkan hemoglobin (Hb) sebanyak 0.7g/dl. Biasanya rawatan lintah ni 4-5ekor. Jadi secara kasar seseorang yang menjalani rawatan lintah ni kemungkinan besar akan kehilangan sebanyak 3.0-3.5g/dl. Cuba bayangkan seorang pesakit anemia* yang menjalani rawatan tersebut,sudah tentu merbahaya.

*Anemia is defined as a low Hb concentration which is less than 13.5g/dL for men and less than 11.5g/dL for female.

Pesakit anemia akan mengalami simptom-simptom seperti keletihan, sukar bernafas, mungkin pitam, degupan jantung yang kuat,pening, mungkin akan mengalami sakit dada.

Yang paling saya tertarik mengenai Dr.Zubaidi ni adalah kata-kata penutupnya.

"Di celah-celah masa yang terluang setelah selesai merawat pesakit,saya mengorbankan waktu rehat dengan menjawab pertanyaan emel dan melayani pelbagai pertanyaan kesihatan di ruangan chatting sebuah laman web sosial.
Semua ini saya lakukan dengan harapan, ALLAH memandang usaha saya sebagai suata ketaatan kepada-Nya.Harapan saya agar ALLAH menjadikan perkongsian pengetahuan dan pengalaman saya sebagai satu amalan jariah yang berkekalan.Semoga kita sampai di destinasi yang sama walaupun jalan kita agak berbeza.Aminn"



0 comments

Post a Comment

Category List

Labels

Powered by Blogger.

Labels

Popular posts

Popular posts

DipEnyet Kali ke:

Web Counter

Flag Counter

free counters

Followers

Powered By Blogger

Social Stuff

Best view with

logo background

Blog Archive

Search this blog

Utusan Online - Muka Hadapan

Malaysiakini

Medscape Medical Students Headlines

Daily Quote