Bismillah, Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, harini hari ke berapa saya demam saya pun tak sure.maybe terperap kat rumah je kot,so healing process lame skit la.manenye tak, duduk dalam persekitaran sama tambah-tambah banjir pula. But today alhamdulillah, hujan pun tak lebat sangat, air pun dah surut dan ana ambil keputusan untuk ronda-ronda sekejap memandangkan motor LC135 tu macam lama tak panaskan enjin, tak boleh jugak nanti bateri dia tu 'jeng'.susah pulak.( susah jugak motor elektronik banyak sangat ni )

Well, hari ni excited sikit sebab berjaya mendapatkan risalah eh,majalah al-ustaz edisi ke 9.kenapa excited sangat? haha...

al-ustaz  isu no: 9
okey.. kenapa ana excited, saya excited.kejap ana kejap saya,hehe mana-mana tu sama saja.dua-dua bagi saya sopan. tapi diri saya ni takdelah sopan baik juruh sgt ye,hensem pon tidak.=p
Sebab saya excited sebabnyeee... ok sebelum tu saya nak cerita dulu.Sebagai seorang bekas pelajar perubatan di sebuah universitas terkemuka di Ejip ( terkemuka ke termuka-muka ni =p ), saya telah diberi pendedahan dalam bahagian Paediatric. Ape tu paediatric?? maybe some my viewers not familiar kan.
*Pediatrics (or paediatrics) is the branch of medicine that deals with the medical care of infants, children, and adolescents.
OK?Ana rasa sudah jelas, ini bermakna paediatric ni adalah doktor yang berubat kanak-kanak la ye.secara ringkasnya macam tu la.xpayah nk explain infant tu umur brape,children tu umur brape.Nanti jadi lecture paed pula =p.

So, apa masalahnya dengan belajar paediatric???? 
Haaa ni masalahnya...

Nampak tak apa masalah dia? Pembaca-pembaca blog saya mesti bijak dan budiman, mesti tau kan apa kekurangan dia.hehe.
Tapi takpe, saya nak jugak cakap. Sebenarnye ni baru satu sheet, ada satu sheet lagi tu physical development, tapi tak jmpe dalam laptop usang saya ni.mungkin dalam PC rumah,malas nk g bukak.OK, kekurangannya carta ni dia tak muslim-friendly skit kan. Dia tak cakap bila dan ape kita perlu buat untuk anak-anak kita nanti pada umur sekian-sekian. Tapi saya percaya, pembaca-pembaca saya mesti lagi bijak dari saya kan tau nak aja anak-anak semua bila nak baca quran, bila nak expose kan pasal2 islam ni and apa perlu kita sebagai ibubapa ni bakal ke perlu buat untuk melahirkan generasi soleh dan solehah. Ala-ala melahirkan generasi beragenda gitu. eh3 apa ana merepek ni.bahaya nih =p.No offence! Osem! ok

Jadi, dalam majalah alustaz ni ada dikepilkan carta aliran tu. Ana fikir amatlah berguna untuk diri ana sendiri mungkin juga family2 ana atau sesiapa saja = )



Pesanan penaja: Sila dapatkan yang original di pasaran =)

Akhir kata, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat walaupun tidak kepada anda semua, ia bermanfaat bagi diri saya sendiri.Alhamdulillah =)

p/s:
Mengikut carta, dimanakah saya sekarang,anda dan kita semua? Semoga Allah jadikan diri saya,anda dan kita semua soleh/solehah,dikurniakan pasangan yang juga soleh/solehah malah lebih baik pun alhamdulillah juga.Semoga rumahtangga yang bakal/akan saya,anda dan kita semua bina menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah,warahmah serta dikurniakan keturunan anak-anak yang soleh/solehah serta taat kepada kedua orang tuanya dan semoga berbahagia hingga ke sorga :). Ameen Ya Rabb.



Bismillah,

Assalamualaikum and hello guys. Since i didn't know all of my viewers, it lil bit awkward for me to keep this blog 'alive'. Hehe. By the way, its ok then. This is my blog and this blog is not for "tatapan umum" =p

Well, being graduated from abroad medical school is not as proud as u graduated from local medical school. Really! Since our most beloved country is very tough and strict in documentation compared to abroad especially the country that i have learnt too much medical knowledge. After reading some experiences,heard some rumors  and  glimpsed at others fb comment, i think as oversea medical graduated we need to be more tougher than a stone. =). After having some discussion with some friend, it is worrisome that i didn't knpw so much about how to write discharge summary, referral report and etc.

So, to ease some burden in the future, it is better to have some idea about discharge summary and referral report before i'm starting to be hospital-servant :) .

10 contents of a discharge summary documents the patient’s hospitalisation which includes:
  1. the reason(s) for admission
  2. significant physical and other findings(e.g. brief clinical statement of chief complaint and history of present illness)
  3. significant diagnoses and co-morbidities(example, Principal diagnosis: Cellulitis and gangrene, left foot and lower leg. Comorbidities: Diabetes mellitus, insulin dependent, controlled. Staphylococcus aureus coagulase positive septicemia. Urinary retention)
  4. diagnostic and therapeutic procedures(example, Principal procedure: Amputation, left leg, above knee. Secondary procedures: Suprapubic cystostomy with permanent suprapubic drainage)
  5. significant medication and treatments(medical and surgical) and patient’s response to treatment, including any complications and consultations
  6. patient’s condition/status at discharge
  7. discharge medications and all medications to be taken at home
  8. follow-up instructions(patient education when applicable), to patient and/or family (relative to physical activity, medication, diet, and follow-up care)  including instructions for self-care, and that the patient/responsible party demonstrated an understanding of the self-care regimen
  9. unless contrary to policy, laws, or culture, patients are given a copy
  10. a copy is provided to the practitioner responsible for patient’s continuing or follow-up care
Reference: http://mrpalsmy.wordpress.com/tag/discharge-summary/

What do I think are the important aspects of a hospital discharge summary?
  1. Include the  main diagnoses during the hospital stay
  2. Include a description of the surgeries and procedures during the stay.
  3. Include relevant radiology and blood work results.
  4. Include a  list of the consultants and their subspecialty involvement.
  5. Include a brief (that's key) summary of the complicating conditions and hospital events.
  6. Include an accurate list of the medications on discharge, including as needed medications.  
  7. Include a list of pending labs or studies and recommendations for further outpatient studies or labs.
  8. Strive for one page or less.
In the last year or so we have been asked by our hospital transcription service to also dictate the patient's condition on discharge.  I've often wondered why.  Well, it  seems like the Joint Commission has mandated that six components be present for a discharge from an acute to a subacute care facility.  What are the six mandated  Joint Commission components for a hospital discharge summary?
  1. Reason for hospitalization
  2. Significant findings
  3. Procedures and treatments provided
  4. Patient's discharge condition
  5. Patient and family instructions (as appropriate)
  6. Attending physician's signature
Interesting.  I never knew one could regulate a discharge summary.  It's hard to imagine how one could define each component.  Is there a multiple choice we can click on?  It all seems so silly.  First of all, do they mean stable vs unstable?  Or are we supposed to document how badly they smell?    Or that they look especially ugly on discharge day.  Or perhaps the Joint Commission wants to make sure they are financially secure on discharge.  Or perhaps they mean IQ status.  Maybe they want us to document how good a father the patient is.  It just seems so confusing. 
Here are the real problems with the hospital discharge summary process.
  1. Failure to dictate in a timely manner.  This is most commonly a problem with subspecialty services who take weeks upon weeks to dictate their discharge summary while the hospitalist has admitted and discharged the patient three times since their sentinel subspecialist admission.
  2. Failure to include any relevant information.  When a physician assistant on the orthopaedic service dictates a hospital discharge summary on an 85 year old who spent 12 days in the hospital with a heart attack, acute renal failure and two cardiac resuscitations and dictates nothing more than the procedure name and random thoughts of the day, you know that no thought was put  into the process.  But then again, nobody gets paid less for a poor job, so why bother putting any effort into it?
  3. Using English as your second language.  If your transcriptionist can't understand you, you have a problem.  Speak slowly so you don't get back a hospital discharge summary filled with medical transcription errors.
  4. Dictations that are way too long.  This is a discharge summary of the hospital stay, not a minute by minute, hour by hour, day by day account.  If you are  too wordy in your discharge summaries you need to know that everyone hates you.  Nobody reads them except you.  Nobody thinks they are a masterpiece except you.  A summary is meant to be brief.  Make it brief.  Whenever I admit someone,  I pull up old records.  What are the only things I look at on the DC summary?  Diagnoses and discharge medications. Everything else is noise. Plus, it's expensive to pay someone to transcribe all that nonsense.  If someone really wants to get to the fine details, they can pull up the EMR comparisonrecords.
  5. Failure to carbon copy the hospital discharge summary to the primary care physician AND other subspecialists taking care of the patient.  If they don't get your records, why bother with the summary at all?
Reference: http://thehappyhospitalist.blogspot.com/2010/04/my-shortest-hospital-discharge-summary.html

Bismillah..

Penyakit influenza sangat mudah menular krn ia disebarkan melalui udara. Meskipun rehat yang cukup dan minum air secukupnya terapi berkesan untuk penyakit ini,namun pencegahan masih merupakan kaedah tetap yang terbaik," prevention is better than cure".

Melatih kekebalan tubuh akan membantu tubuh melawan virus influenza.Caranya ialah dengan:

1) Tambahkan potongan bawang putuh yang segar ke dalam sup. Kajian mendapati bawang putih akan meningkatkan sistem imun selain itu kandungan allicin dalam bawang putih mengandungi kompenan antivirus.

2) Penggunaan makanan yang kaya dengan vit C seperti kiwi, strawberi, oren,nanas, atau anggur.Vit C akan
meningkatkan fungsi sistem
imun dan melindungi tubuh dalam melawan jangkitan.Vitamin ini juga memberi perlindungan daripada kerosaka. radikal bebas* ( * free radical )

3) Bila anda menggunakan supplement secara rutin, cubalah memilih yang mengandungi 'Gingko Biloba'.Herba yang berasal dari China ini diketahui meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh.Perjalanan darah yang lancar akam membantu penghantaran vitamin & mineral yang diperlukan.

4) Lindungi tubuh daripada serangan virua dengan menganbil tiram. Kandungan mineral zink dalam makanan laut identik dengan afrodisiak ini juga memiliki efek antivirus.

5) Salah satu sayuran yang disyorkan untuk meningkatkan kekebalan tubuh adalah bayam. Kandungan asid
foliknya akan memicu produksi sel sel baru dan memperbaiki DNA.Sayuran hijau ini juga kaya vit C ,serat dan antioksida.Cuma elakkan memasak bayam terlalu lama untuk mendapatkan manfaat yang optimum.

Bismillah

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.


Adakah badan perlukan kalori?

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Kaedah pengiraan kalori makanan
Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh: berat seseorang 45kg.  Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap hari
kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.
contohnya 45kg - 1kg = 44 kg
pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari.
baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.


Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.


Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori



Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.


Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?

Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori : minuman


1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.


Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).


Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!


Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori




Oleh: Asy-Seikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, imam dan khatib Masjid Nabawi.


Segala pujian hanya milik Allah, selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad, keluarganya, dan para sahabat seluruhnya.

Keistimewaan metode ini adalah seseorang akan memperolehi kekuatan dan kemantapan hafalan serta akan cepat menghafal dalam waktu yang singkat dan akan khatam Al-Quran. Berikut kami akan paparkan metodenya beserta contoh dalam menghafal surah Al-Jumuah:

Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali
Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.
Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan juz, kerana ia akan menyebabkan hafalan bertambah berat sehingga anda tidak boleh menghafalnya.

JIKA SAYA INGIN MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA, BAGAIMANA CARANYA?

Jika anda ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum anda menambah dengan hafalan baru dengan metode yang saya sebutkan di atas, maka anda mestilah membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja’ah) sebanyak 20 kali agar hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatan. Kemudian setelah mengulangi (muraja’ah) maka baru anda boleh memulakan hafalan baru dengan metode yang saya sebutkan di atas.

BAGAIMANA CARANYA SAYA MENGGABUNGKAN ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DENGAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sekali-kali anda menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya. Ini kerana jika kamu hanya terus-menerus melanjutkan menghafal Al-Qur’an hingga khatam tapi tanpa mengulanginya terlebih dahulu, setelah khatam anda baru mengulanginya dari awal, secara tidak disadari anda telah banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal. Oleh kerana metode yang paling tepat dalam menghafal adalah dengan menggabungkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru. Bagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bahagian, yang mana satu bahagian 10 juz. Jika dalam sehari kamu telah menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda menyelesaikan 10 juz. Jika telah selesai 10 juz maka berhentilah menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal, dengan cara setiap hari kamu mengulangi (meraja’ah) sebanyak 8 muka.

Setelah selesai satu bulan anda mengulang hafalan, barulah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua muka bergantung kemampuan, sambil anda mengulangi setiap harinya 8 muka hingga anda boleh menyelesaikan hafalan 20 juz. Jika anda telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juz, dimana setiap hari anda harus mengulang (meraja’ah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua muka bergantung kemampuan, sambil mengulangi setiap hari 8 muka hingga anda boleh menyelesaikan seluruh Al-Qur’an.

Jika anda telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama sebulan, dimana setiap harinya anda mengulang setengah juz. Kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya, juga diulang setengah juz ditambah 8 muka dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap hari mengulang setengah juz ditambah 8 muka dari 10 juz pertama dan 8 muka dari 10 juz kedua.

BAGAIMANA CARA MERAJA’AH AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH SAYA MENYELESAIKAN METODE MURAJA’AH DI ATAS?

Mulalah mengulangi Al-Qur’an secara keseluruhan dengan cara setiap hari mengulang 2 juz, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan demikian maka anda boleh mengkhatamkan Al-Qur’an sekali setiap dua minggu. Dengan metode seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insya Allah) anda telah mutqin (kukuh) dalam menghafal Al-Qur’an, dan lakukanlah cara ini selama setahun.

APA YANG SAYA LAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SATU TAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulanginya dengan itqan (mantap) selama setahun, hendaklah bacaan Al-Qur’an yang anda baca setiap hari hingga akhir hayat adalah bacaan yang dilakukan oleh Nabi saw semasa hidupnya. Beliau membahagikan isi Al-Qur`an menjadi tujuh bahagian (dimana setiap harinya beliau membaca satu bahagian tersebut), sehingga beliau mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu.

Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah saw, “Bagaimana caranya kamu membahagikan Al-Qur`an untuk dibaca setiap hari?” Mereka menjawab:

نُحَزِّبُهُ ثَلَاثَ سُوَرٍ وَخَمْسَ سُوَرٍ وَسَبْعَ سُوَرٍ وَتِسْعَ سُوَرٍ وَإِحْدَى عَشْرَةَ سُورَةً وَثَلَاثَ عَشْرَةَ سُورَةً وَحِزْبَ الْمُفَصَّلِ مِنْ قَافْ حَتَّى يُخْتَمَ

“Kami bahaginya menjadi (tujuh bahagian yakni): Tiga surah lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah, dan hizb al-mufassal iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf).” (HR. Ahmad no. 15578).

Maksudnya:

Hari pertama: Mereka membaca surah “al-fatihah” hingga akhir surah “an-nisa`”.
Hari kedua: Dari surah “al-maidah” hingga akhir surah “at-taubah”.
Hari ketiga: Dari surah “Yunus” hingga akhir surah “an-nahl”.
Hari keempat: Dari surah “al-isra” hingga akhir surah “al-furqan”.
Hari kelima: Dari surah “asy-syu’ara” hingga akhir surah “Yasin”.
Hari keenam: Dari surah “ash-shaffat” hingga akhir surah “al-hujurat”.
Hari ketujuh: Dari surah “qaaf” hingga akhir surah “an-nas”.
Para ulama menyingkat bacaan Al-Qur`an Nabi saw ini menjadi kata: ”فَمِي بِشَوْقٍ“. Setiap huruf yang tersebut menjadi simbol dari awal surah yang dibaca oleh Nabi saw pada setiap harinya. Maka:

Huruf “fa`” adalah simbol dari surah “al-fatihah”. Maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari pertama dimulai dari surah al-fatihah.

Huruf “mim” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kedua dimulai dari surah al-maidah.

Huruf “ya`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketiga dimulai dari surah Yunus.

Huruf ”ba`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keempat dimulai dari surah Bani Israil yang juga dinamakan surah al-isra`.

Huruf “syin” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kelima dimulai dari surah asy-syu’ara`.

Huruf “waw” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keenam dimulai dari surah wash shaffat.

Huruf “qaaf” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketujuh dimulai dari surah qaf hingga akhir muashaf iaitu surah an-nas.

Adapun pembagian hizib yang ada pada Al-Qur an sekarang, maka itu tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.


BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (AYAT YANG MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Cara terbaik untuk membezakan antara dua ayat yang kelihatannya menurut anda hampir sama (mutasyabih), adalah dengan cara membuka mushaf dan carilah kedua ayat tersebut. Lalu carilah perbezaan antara kedua ayat tersebut, pastikan perbezaan tersebut, kemudian buatlah tanda/catatan (di dalam hati) yang boleh anda jadikan sebagai tanda untuk membezakan antara keduanya. Kemudian, ketika anda bolehlah melakukan murajaah hafalan, maka perhatikanlah perbezaan tersebut secara berulang-ulang sampai anda mutqin dalam mengingat perbezaan antara keduanya.

BEBERAPA KAEDAH DAN KETENTUAN DALAM MENGHAFAL AL-QUR`AN:

Anda mesti menghafal melalui bantuan seorang guru yang bolah membenarkan bacaan jika salah.

Hafalkanlah 2 muka setiap hari: 1 muka setelah subuh dan 1 mula setelah asar atau maghrib. Dengan metode seperti ini (insya Allah) kamu boleh menghafal Al-Qur`an secara mutqin kurang dari setahun. Tetapi jika anda memperbanyak kapasiti hafalan setiap hari maka kemampuan menghafal akan lemah.

Menghafallah dari surah an-nas hingga surah al-baqarah kerana ia lebih mudah. Tapi setelah anda menghafal Al-Qur`an maka urutan meraja’ah bermula dari Al-Baqarah hingga An-Nas.

Dalam menghafal hendaklah menggunakan satu mushaf saja, kerana perkara ini sangat membantu dalam menguatkan hafalan dan agar lebih cepat mengingat letak-letak ayatnya, ayat apa yang ada di akhir halaman ini dan ayat apa yang ada di awal halaman sebelahnya.

Setiap orang yang menghafal Al-Qur’an 2 tahun pertama biasanya apa yang telah dia hafal masih mudah hilang, dan masa ini disebut fasa at-tajmi’ (pengumpulan hafalan). Kerananya janganlah anda bersedih kerana ada sebahagian hafalan yang anda lupa atau banyak keliru dalam hafalan. Ini adalah fasa yang sulit sebagai ujian bagi anda, dan ini boleh menjadi pintu masuknya syaitan untuk menghentikan anda dari menghafal Al-Qur`an. Tolaklah was-was tersebut dari dalam hati anda dan teruslah menghafal, kerana dia (menghafal Al-Qur`an) merupakan perbendaharaan harta yang tidak diberikan kepada sebarang orang.

kredit: http://blogtokwan.blogspot.com/2011/08/cara-mudah-menghafal-al-quran.html



Salam wbt,

Beberapa surah yang sesuai untuk dibaca untuk kanak-kanak. Namun demikian,tidak bermakna terhad kepada surah-surah dibawah sahaja.

  1. Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
  2. Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  3. Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  4. Surah Yusuf- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
  5. Surah Hujurat- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  6. Surah Yasin- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
  8. Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

hakikatnya, seluruh al-Quran itu semuanya ubat dan panduan, berkhasiat dibacanya.



                     


assalamualaikum wbt,

"Doktor,saya takut jarum!"

Tajuk buku yang saya teruja terus membaca. Buku ini sesuai untuk bacaan umum malah amat sesuai untuk bakal-bakal doktor mahupun junior doktor. Buku ini banyak mengupas isu-isu semasa, bagaimana cara pemikiran masyarakat sekarang mengenai perubatan moden. Sekarang di Malaysia ada pelbagai lapisan masyarakat,bermula dari yang muda hingga ke generasi tua. Sememangnya generasi tua malah ada segelintir generasi muda ini menolak dan kurang mempercayai perubatan moden. Saya sendiri pernah mendengar cerita-cerita,riwayat-riwayat ganjil yang saya sendiri pun susah nak percaya tapi itu semua kuasa Allah. Ada pesakit yang sudah mendapat breast cancer tahap 4 dah metastasis tapi dengan perubatan tersebut mampu menyembuhkan. Saya sendiri tak tau nk komen mcam mana.Tapi apa-apa pun kita berubat haruslah berubat dengan cara betul.Kalau lapar ikhtiarnya makan makanan yang mengenyangkan.Bolehkah kita makan pasir? Andai seseorang itu percaya yang pasir mampu mengenyangkan maka itu adalah tahyul juga termasuk dalam syirik dan kurang cerdik. Dalam buku karangan Dr.Zubaidi ni, beliau ada mengupas mengenai bagaimana cara berubat dengan betul apa itu tahyul apa itu khurafat. Saya memetik dari bukunya,

"secara mudah, khurafat dan tahyul adalah suatu perbuatan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar.Tiada bukti saintifik yang mengatakan perubatan yang dilakukan berkesan dan tiada juga dalam nas al-Quran dan hadis"

Banyak lagi yang beliau kupas dalam buku tersebut,dari permasalahan perempuan contohnya,penghasilan breast milk fron non-pregnant woman, bahaya maggie,kesihatan anak kecil sampailah kepada permasalahan trypanophobia iaitu takut kepada jarum yang ketara. Selain itu beliau juga mengupas masalah rawatan lintah. Sedikit info yang ingin saya kongsi melalui pembacaan saya.Lintah mampu menghilangkan hemoglobin (Hb) sebanyak 0.7g/dl. Biasanya rawatan lintah ni 4-5ekor. Jadi secara kasar seseorang yang menjalani rawatan lintah ni kemungkinan besar akan kehilangan sebanyak 3.0-3.5g/dl. Cuba bayangkan seorang pesakit anemia* yang menjalani rawatan tersebut,sudah tentu merbahaya.

*Anemia is defined as a low Hb concentration which is less than 13.5g/dL for men and less than 11.5g/dL for female.

Pesakit anemia akan mengalami simptom-simptom seperti keletihan, sukar bernafas, mungkin pitam, degupan jantung yang kuat,pening, mungkin akan mengalami sakit dada.

Yang paling saya tertarik mengenai Dr.Zubaidi ni adalah kata-kata penutupnya.

"Di celah-celah masa yang terluang setelah selesai merawat pesakit,saya mengorbankan waktu rehat dengan menjawab pertanyaan emel dan melayani pelbagai pertanyaan kesihatan di ruangan chatting sebuah laman web sosial.
Semua ini saya lakukan dengan harapan, ALLAH memandang usaha saya sebagai suata ketaatan kepada-Nya.Harapan saya agar ALLAH menjadikan perkongsian pengetahuan dan pengalaman saya sebagai satu amalan jariah yang berkekalan.Semoga kita sampai di destinasi yang sama walaupun jalan kita agak berbeza.Aminn"



Category List

Labels

Powered by Blogger.

Labels

Popular posts

Popular posts

DipEnyet Kali ke:

Web Counter

Flag Counter

free counters

Followers

Powered By Blogger

Social Stuff

Best view with

logo background

Blog Archive

Search this blog

Utusan Online - Muka Hadapan

Malaysiakini

Medscape Medical Students Headlines

Daily Quote