melatih sistem imun melawan selsema

Posted by zackism Sunday, December 23, 2012

Bismillah..

Penyakit influenza sangat mudah menular krn ia disebarkan melalui udara. Meskipun rehat yang cukup dan minum air secukupnya terapi berkesan untuk penyakit ini,namun pencegahan masih merupakan kaedah tetap yang terbaik," prevention is better than cure".

Melatih kekebalan tubuh akan membantu tubuh melawan virus influenza.Caranya ialah dengan:

1) Tambahkan potongan bawang putuh yang segar ke dalam sup. Kajian mendapati bawang putih akan meningkatkan sistem imun selain itu kandungan allicin dalam bawang putih mengandungi kompenan antivirus.

2) Penggunaan makanan yang kaya dengan vit C seperti kiwi, strawberi, oren,nanas, atau anggur.Vit C akan
meningkatkan fungsi sistem
imun dan melindungi tubuh dalam melawan jangkitan.Vitamin ini juga memberi perlindungan daripada kerosaka. radikal bebas* ( * free radical )

3) Bila anda menggunakan supplement secara rutin, cubalah memilih yang mengandungi 'Gingko Biloba'.Herba yang berasal dari China ini diketahui meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh.Perjalanan darah yang lancar akam membantu penghantaran vitamin & mineral yang diperlukan.

4) Lindungi tubuh daripada serangan virua dengan menganbil tiram. Kandungan mineral zink dalam makanan laut identik dengan afrodisiak ini juga memiliki efek antivirus.

5) Salah satu sayuran yang disyorkan untuk meningkatkan kekebalan tubuh adalah bayam. Kandungan asid
foliknya akan memicu produksi sel sel baru dan memperbaiki DNA.Sayuran hijau ini juga kaya vit C ,serat dan antioksida.Cuma elakkan memasak bayam terlalu lama untuk mendapatkan manfaat yang optimum.

0 comments

Post a Comment

Category List

Labels

Powered by Blogger.

Labels

Popular posts

Popular posts

DipEnyet Kali ke:

Web Counter

Flag Counter

free counters

Followers

Social Stuff

Best view with

logo background

Blog Archive

Search this blog

Utusan Online - Muka Hadapan

Malaysiakini

Medscape Medical Students Headlines

Health Tip of The Day

Daily Quote