Siapakah Yang Pertama...... ?

Posted by zackism Monday, September 5, 2011

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat2 yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.

Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?" Orang itu menjawab: "Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."

Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya sebegitu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?"

Dia menjawab: "Aku mempelajari ilmu lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."

Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)."

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan nikmat2 Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.

Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?"

Dia menjawab: "Aku membelanjakannya di tempat2 yang engkau kehendaki."

Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."

Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

(HR. Muslim)

Hadis ini menyebut bahawa antara orang yang pertama masuk neraka ialah meraka yang suka menipu agama Allah. Meraka memang beribadah, namun ibadah itu tidak diniatkan kerana Allah. Sebaliknya mereka beribadah agar menjadi buah mulut dan sebutan ramai.

Sikap seperti ini disebut riya’ dan sum’ah, beribadat untuk manusia, bukan kerana Allah. Riya’ berkaitan dengan penglihatan manusia sementara sum’ah berkaitan dengan pendengaran. Sesiapa beramal agar dilihat manusia maka itu riya’. Dan sesiapa beramal agar berita amalan itu didengar oleh manusia, maka itu sum’ah. Kedua-duanya mengundang murka Allah swt.

Dalam hadis riwayat Al-bukhari dan Muslim, Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud, “ Allah swt berfirman: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan sambil mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain maka Aku berlepas daripadanya. Amalan itu untuk pihak yang disekutukannya itu.”

Qatadah, seorang ulama tabiin di Basrah berkata: “Apabila seorang hamba melakukan ibadah dengan riya’, Allah swt berfirman kepada para malaikat, “Tengoklah hamba-Ku ini, dia sedang mempersendakan diri-Ku”

Riya’ dan sum’ah ialah syirik kecil yang merosakkan ibadah. Sesiapa yang melakukan ibadah kerana menginginkan pujian manusia,hakikatnya dia telah menghapuskan pahala ibadah tersebut. Dia tidak mendapatkan apa-apa ganjaran dairpada Allah swt kelak.

PENYAKIT ORANG BAIK

Penyakit ini hanya menghidapi orang baik sahaja. Orang jahat dan tidak mengenali Allah tidak memiliki sifat-sifat ini kerana mereka tidak melakukan ibadah sama sekali. Meraka akan menjadi bara api neraka tanpa dihisab.

Adapun orang yang baik ini,maka ia mesti terus menjaga kemurnian ibadahnya.Setiap kali dia melakukan ibadah mesti dia meluruskan niat agar ibadahnya diterima Allah s.w.t., terutamanya apabila manusia mula menyebut-nyebut kebaikannya dan memuji dirinya.

Syeikh Ali al-Khawas berkata, “Jika engkau sedang berada di jalan istiqamah, lalu seseorang memujimu, maka itu satu peringatan atas kekurangan terdapat dalam diri. Maka periksalah dirimu. Carilah sebabnya, kenapa manusia memujimu? Boleh jadi Allah melihat hatimu menyukai pujian, maka Allah memberikan pujian itu utkmu satu satunya balasan atas ibadah tersebut. Seperti seorang ayang yang menggembirakan anaknya dengan gelang dan kalung tiruan.”

Untuk menghindari sifat ini, kita wajib mengetahui tanda-tandanya. Pastikan tanda-tanyda tersebut tidak terdapat dalam diri kita.

Ali bin abi Talib pernah berkata, “Tanda riya’ 3 perkara”

a) Malas beramal jika bersendirian

b) Rajin beramal jika dalam ramai.

c) Menambah amalan jika dipuji dan menguranginya jika dicela”

Tanda pertama dan kedua sangat jelas.Orang yang memiliki sifat riya’ bermotivasi untuk beramal hanya apabila ramai orang yang melihatnya. Namun apabila tidak ada sesiapa yang melihatnya, dia akan malas melakukan amalan tersebut.

Adapun tanda ketiga yang disebut oleh Saidina Ali, ia sangat halis dan jarang disedari. Yakni, sesiapa yang tidak sukapujian, maka ia tidak taku celaan. Sesiapa yang bebas daripada sifat riya’ ia akan terus istiqamah beramal walaupuan semua makhluk mencelanya dan memulaukannya. Celaan tidak menghentikan amalannya sebagaimana pujian tidak menggerakkannya untuk beramal.

Para ulama’ berkata, “Tidak ada yang mampu menanggung celaan makhluk selain orang yang tidak mengharapkan penghoramatan daripada mereka”

HAMBA YANG DICINTAI ALLAH

Ibn Majah dan Al-Hakim meriwayatkan daripada Aslam, “Pada suatu hari, Umar al-Khattab melihat Mu’az bin Jabal sedang menangis di sisi kubur Nabi s.a.w. Beliau lalu bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis?”

Mu’az menjawab, “Aku teringat sesuatu yang aku dengan daripada penghuni kubur ini. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya sedikit riya’ ialah syirik. Sesiapa yang memusui wali Allah, maka dia telah menyatakan perang kepada-Nya.Sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba yang berbakti, bertakwa dan tersembunyi. Jika mereka hadir, tidak ada yang mengenalinya. Hati mereka ialah lentera-lentera petunjuk.”

Kekasih Allah tidak menyukai kemasyhuran. Mereka selalu khuatir andai amal ibadahnya ditolak,meskipun telah melakukannya dengan sempurna. Kesibukannya dengan Allah tidak meninggalkan baki masa baginya untuk mendengar pujian atau celaan orang lain.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Dastuti, “Seorang hamba tidak patut berbangga dengan ilmu,harta dan jabatan yang dimiliknya sebelum ia selamat melintasi titisan sirat. Apa gunanya pujian jika is tetap terjatuh ke dalam neraka pada hari kiamat nanti?”

Semoga Allah memberikan keikhlasan dalam hati-hati kita, mengampuni dosa-dosa kita dan menerima amal ibadah kita. Amin ya Rabbal ‘alamin. Taqaballahu Minna wa Minkum.

0 comments

Post a Comment

Category List

Labels

Powered by Blogger.

Labels

Popular posts

Popular posts

DipEnyet Kali ke:

Web Counter

Flag Counter

free counters

Followers

Powered By Blogger

Social Stuff

Best view with

logo background

Blog Archive

Search this blog

Utusan Online - Muka Hadapan

Malaysiakini

Medscape Medical Students Headlines

Daily Quote