iLMu? Apa niat Kamu?

Posted by zackism Friday, January 21, 2011

Sebahagian orang menuntut ilmu kerana ingin berjaya dalam
peperiksaan. Sebahagian orang menuntut ilmu kerana ingin mendapat pekerjaan
yang baik. Walau apapun tujuan kita menuntut ilmu, Allah pasti akan memberi
kita ganjaran pahala selagi mana keredhaan Allah adalah tujuan utama kita ..
Mereka yang menuntut ilmu dengan tujuan selain daripada
mengharapkan keredhaan Allah tidak akan diberi sebarang ganjaran,
berdasarkan sebuah hadith yang masyhur mengenai niat, riwayat Imam Bukhari
dan Muslim yang bermaksud, "Sesungguhnya semua amalan itu disertai niat,
dan semua individu akan diberi balasan amalannya menurut niatnya ....

Namun, umat Islam perlulah berhati-hati dalam menetapkan niat
menuntut ilmu agar tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat oleh Allah.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah yang
bermaksud, "Sesiapa yang menuntut ilmu untuk menyaingi ulama, atau
berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang
ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.
Kadangkala, ada yang menuntut ilmu supaya mereka diberi pujian oleh
masyarakat dan digelar sebagai orang cerdik pandai .. Ada juga yang menuntut
ilmu kerana ingin mendapat pangkat Professor atau Doktor.. Ada juga yang
menuntut ilmu agar mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, lalu
dipuji oleh sahabat-sahabatnya .. Ada yang menuntut ilmu kerana ingin berdebat
dengan orang lain..

Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah, adakah diri kita
termasuk dalam mana-mana golongan tersebut? Jika jawapannya adalah 'Ya',
maka kita sebenarnya telah ditimpa oleh penyakit hati dan perlukan rawatan
segera sebelum terlambat.. Bersihkan hati dengan zikrullah .. Dampingi diri
bersama para ulamak yang ikhlas .. Semoga Allah menjauhkan kita daripada
menjadi orang yang menuntut ilmu dengan niat yang salah ..

p/s:
Dipetik dari sebuah buku. Hopefully penulis tak bekire dalam bab menyebarkan ilmu..Mekasih.
Kalu ada pape masalah..buleh tego scr peribadi..:D

0 comments

Post a Comment

Category List

Labels

Powered by Blogger.

Labels

Popular posts

Popular posts

DipEnyet Kali ke:

Web Counter

Flag Counter

free counters

Followers

Powered By Blogger

Social Stuff

Best view with

logo background

Blog Archive

Search this blog

Utusan Online - Muka Hadapan

Malaysiakini

Medscape Medical Students Headlines

Daily Quote