Rezeki.

Posted by zackism Tuesday, February 16, 2010

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita semua masih lagi dalam keadaan yang sihat dan dapat meneruskan aktiviti seharian kita. Tapi dalam kita meneruskan aktiviti rutin harian,jangan kita lupa kepada Allah SWT yang masih memberikan kita peluang di muka bumi milik Nya. Mari kita sama-sama berusaha dan juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberkati dan meredhai kehidupan kita. Moga dengan doa itu kita sentiasa murah rezeki disamping rezeki yang berkat.

Hari ini cuma nak kongsi satu amalan sunat yang InsyaAllah dapat lagi memurahkan rezeki kita disamping menjaga diri kita dari segala musuh-musuh yang iri hati dengan kita. Almaklumlah dalam kehidupan seharian kita banyak dugaan dan cabarannya. Apakata kita lapangkan sedikit masa kita dalam 5-10minit sahaja untuk Solat Sunat Dhuha. Anda boleh melakukan amalan ini di sebelah pagi antara pukul 8 - 11 Pagi. Jadikan ia nya amalan rutin kita seharian.


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


P/s:...uhuk2..skema plak tulisannya..kekekeke..yelah copy paste ja...skadar utk simpanan peribadi.....
http://saifulgomez.blogspot.com/2009/02/fadhilat-solat-dhuha.html

.
Dapo dll...bile nk barasap agaknya...

6 comments

  1. utameng Says:
  2. kesian..dapo xde asap..isk2~

     
  3. zackism Says:
  4. kesiyan je...haha

     
  5. Anonymous Says:
  6. 1)rajin bena utameng ikot blog mung jek.. sapekah dyer? haha!

    2)gmbo tulisan arab tue doa eh? dpt mane yuP?

     
  7. zackism Says:
  8. @walla walla:.
    ..ikot la sape2 pun...aku xkenal jgk barangkali.kes kes kes kes...

    -- ha a..gmbo doa la tu...dpt mane?...aku pun tatau..dpt kat tenet kot..sbb nk scan buku..buku xbwk..

     
  9. salamender Says:
  10. bace time solat ker bace time lepas solat.... ader kabo dop wktu spesifik kalu ikot sunnah nabi buat?

     
  11. zackism Says:
  12. baca lepas solat le..urm...yg wktu spesifik tu ana telepas pndang...

     

Post a Comment

Category List

Labels

Powered by Blogger.

Labels

Popular posts

Popular posts

DipEnyet Kali ke:

Web Counter

Flag Counter

free counters

Followers

Powered By Blogger

Social Stuff

Best view with

logo background

Blog Archive

Search this blog

Utusan Online - Muka Hadapan

Malaysiakini

Medscape Medical Students Headlines

Daily Quote