Salam ramadhan dan Salam Satu Malaysia….Salam Merdeka…Salam saLam..hehe..bape byk jenis salam lagi daaa…
Ehem2….jodoh ooo jodoh….
Selepas dipaksa menonton satu cerita ni….terjumpa la satu skrip dalam cerita ni..Agak menarik tp byk kontroversi…sane kate xbetul sini kate xkene..hehee..xpe2….yg tu pndangan masing2….kalu rase baek..amek kalu rase kurang baek…xpayah amik..amik yg baek2 sajaa…yg basi xkn nk makan yg elok xkn nk buang…hihihiii
Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.
Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.
Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.
Yang atas tu direct dari skrip muvi tu….yg bawah ni cadangan pembetulan dari manusia2 kat tenet nih…
Yang ketiganya, Jodoh Dari Allah. Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu bulatkan tekad lalu kamu meminang. Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Langsung kamu bernikah. Lalu kamu jaga keluargamu hingga akhir hayat, lalu kamu menemui ajal. Kemudian kamu dimasukkan ke alam barzakh dan yang mengikut kamu hanya iman dan amalan kamu saja. Jika baik, maka bersenang kamu dalam kubur. Lalu dibangkit semula kamu di Padang Mahsyar, kemudian kamu menerima buku catatan dengan tangan kanan. Dan melintas titian sirat sepantas kilat. Dan masuk ke syurga tanpa hisab. Itulah SYURGA ALLAH yang tidak ada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan di dunia ini. kamu kekal di dalamnya buat selamanya.-ReNung-rEnuNgkAn-
728a.m/29 OgOs 2009
0 comments