Assalamualaikum wbt,

[ Sekadar Gambar Hiasan ]

SNAP!.... okeh..cuti kali ni byk surprise. = ) ... ada yang tanam ubi diam2..ada yang tuai sonyap2..hehe...ada yang mcm2 lagilah..papepon..ana ucapkan semoga berbahagia dan berkekalan ke syurga Ilahi kepada mereka yang sudah akad nikah sah, Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma. Wa jamaah baina kuma fii khair...dan kepada yang dalam alam pertunangan ana doakan dipermudahkan segala urusan, dipercepatkan ke jinjang pelamin terus ke syurga Ilahi dan tidak lupa juga kepada bakal-bakal bapa dan bakal2 ibu, semoga melahirkan anak yang soleh/solehah,menjadi penyeri dalam keluarga dan bertambah2 kebahagiaan rumah tangga.

ok lah..kt bwh ni di'attach'kan sedikit perkongsian mengenai 'soal cinta' ..alang2 skng musim org tanam ubi diam2 bertuai pon senyap2..hehe



Alhamdulillah...cuti yang berbaki tak lama lagi sempat jugak habiskan buku tajuk 'Denyut Kasih Medik'. At first dengar tajuk novel ni..dalam hati tedetik, " jiwang ke novel ni"...tapi setelah 'dirisik' melalui kawan-kawan, bagus novel ni esp. untuk bakal dokter mahupun dokter ataupun yg bukan dokter.Jazakumullahu khayran kpd kawan2 yg promote novel ni kat saya dan Alhamdulillah sbb Allah gerakkan hati kalian untuk promo kt sy.

Novel ni banyak term2 medic tapi kepada bukan dokter, anda semua jgn risau sbb ada translation tu..bahkan sy sndiri baru betul2 paham term tu..hehe biase la..paham dlam english lain paham dalam bahase melayu kite lain...

Photobucket
Ni lah muke depan dia...
Sambil2 post ni..nk tag la jgk skit2 fiqh2 yg mungkin biase tapi ada certain2 drpd kite tatau kan mcm dlm novel tu ckp....so xsalah share = )
Photobucket

[ Bolehkah seorang dokter jama' solat sbb pembedahan...klik gmba utk besarkan ]

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Okeylah dulu...takleh copy paste byk2 sgt.hehe dapatkan yang original di pasaran...Tak rugi ..seriously.

p/s:insyaAllah sgt2 berguna esp. yg xberkesempatan bt attachment...tmbh ilmu ikut ni pon xpe =p

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat2 yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.

Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?" Orang itu menjawab: "Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."

Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya sebegitu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?"

Dia menjawab: "Aku mempelajari ilmu lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."

Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)."

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan nikmat2 Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.

Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?"

Dia menjawab: "Aku membelanjakannya di tempat2 yang engkau kehendaki."

Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."

Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

(HR. Muslim)

Hadis ini menyebut bahawa antara orang yang pertama masuk neraka ialah meraka yang suka menipu agama Allah. Meraka memang beribadah, namun ibadah itu tidak diniatkan kerana Allah. Sebaliknya mereka beribadah agar menjadi buah mulut dan sebutan ramai.

Sikap seperti ini disebut riya’ dan sum’ah, beribadat untuk manusia, bukan kerana Allah. Riya’ berkaitan dengan penglihatan manusia sementara sum’ah berkaitan dengan pendengaran. Sesiapa beramal agar dilihat manusia maka itu riya’. Dan sesiapa beramal agar berita amalan itu didengar oleh manusia, maka itu sum’ah. Kedua-duanya mengundang murka Allah swt.

Dalam hadis riwayat Al-bukhari dan Muslim, Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud, “ Allah swt berfirman: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan sambil mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain maka Aku berlepas daripadanya. Amalan itu untuk pihak yang disekutukannya itu.”

Qatadah, seorang ulama tabiin di Basrah berkata: “Apabila seorang hamba melakukan ibadah dengan riya’, Allah swt berfirman kepada para malaikat, “Tengoklah hamba-Ku ini, dia sedang mempersendakan diri-Ku”

Riya’ dan sum’ah ialah syirik kecil yang merosakkan ibadah. Sesiapa yang melakukan ibadah kerana menginginkan pujian manusia,hakikatnya dia telah menghapuskan pahala ibadah tersebut. Dia tidak mendapatkan apa-apa ganjaran dairpada Allah swt kelak.

PENYAKIT ORANG BAIK

Penyakit ini hanya menghidapi orang baik sahaja. Orang jahat dan tidak mengenali Allah tidak memiliki sifat-sifat ini kerana mereka tidak melakukan ibadah sama sekali. Meraka akan menjadi bara api neraka tanpa dihisab.

Adapun orang yang baik ini,maka ia mesti terus menjaga kemurnian ibadahnya.Setiap kali dia melakukan ibadah mesti dia meluruskan niat agar ibadahnya diterima Allah s.w.t., terutamanya apabila manusia mula menyebut-nyebut kebaikannya dan memuji dirinya.

Syeikh Ali al-Khawas berkata, “Jika engkau sedang berada di jalan istiqamah, lalu seseorang memujimu, maka itu satu peringatan atas kekurangan terdapat dalam diri. Maka periksalah dirimu. Carilah sebabnya, kenapa manusia memujimu? Boleh jadi Allah melihat hatimu menyukai pujian, maka Allah memberikan pujian itu utkmu satu satunya balasan atas ibadah tersebut. Seperti seorang ayang yang menggembirakan anaknya dengan gelang dan kalung tiruan.”

Untuk menghindari sifat ini, kita wajib mengetahui tanda-tandanya. Pastikan tanda-tanyda tersebut tidak terdapat dalam diri kita.

Ali bin abi Talib pernah berkata, “Tanda riya’ 3 perkara”

a) Malas beramal jika bersendirian

b) Rajin beramal jika dalam ramai.

c) Menambah amalan jika dipuji dan menguranginya jika dicela”

Tanda pertama dan kedua sangat jelas.Orang yang memiliki sifat riya’ bermotivasi untuk beramal hanya apabila ramai orang yang melihatnya. Namun apabila tidak ada sesiapa yang melihatnya, dia akan malas melakukan amalan tersebut.

Adapun tanda ketiga yang disebut oleh Saidina Ali, ia sangat halis dan jarang disedari. Yakni, sesiapa yang tidak sukapujian, maka ia tidak taku celaan. Sesiapa yang bebas daripada sifat riya’ ia akan terus istiqamah beramal walaupuan semua makhluk mencelanya dan memulaukannya. Celaan tidak menghentikan amalannya sebagaimana pujian tidak menggerakkannya untuk beramal.

Para ulama’ berkata, “Tidak ada yang mampu menanggung celaan makhluk selain orang yang tidak mengharapkan penghoramatan daripada mereka”

HAMBA YANG DICINTAI ALLAH

Ibn Majah dan Al-Hakim meriwayatkan daripada Aslam, “Pada suatu hari, Umar al-Khattab melihat Mu’az bin Jabal sedang menangis di sisi kubur Nabi s.a.w. Beliau lalu bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis?”

Mu’az menjawab, “Aku teringat sesuatu yang aku dengan daripada penghuni kubur ini. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya sedikit riya’ ialah syirik. Sesiapa yang memusui wali Allah, maka dia telah menyatakan perang kepada-Nya.Sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba yang berbakti, bertakwa dan tersembunyi. Jika mereka hadir, tidak ada yang mengenalinya. Hati mereka ialah lentera-lentera petunjuk.”

Kekasih Allah tidak menyukai kemasyhuran. Mereka selalu khuatir andai amal ibadahnya ditolak,meskipun telah melakukannya dengan sempurna. Kesibukannya dengan Allah tidak meninggalkan baki masa baginya untuk mendengar pujian atau celaan orang lain.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Dastuti, “Seorang hamba tidak patut berbangga dengan ilmu,harta dan jabatan yang dimiliknya sebelum ia selamat melintasi titisan sirat. Apa gunanya pujian jika is tetap terjatuh ke dalam neraka pada hari kiamat nanti?”

Semoga Allah memberikan keikhlasan dalam hati-hati kita, mengampuni dosa-dosa kita dan menerima amal ibadah kita. Amin ya Rabbal ‘alamin. Taqaballahu Minna wa Minkum.

Assalamualaikum wbt,


Sesungguhnya tiada kerana oleh sesuatu kerana, dan kerana oleh sesuatu kerana.

dari-Nya, hak-Nya, bagi-Nya...

Have a nice Ramadhan, and Happy Eid.

p.s:
-Jauhilah aku dari kejahatanMu.
-Ampunkanlah dosa aku.
-Sebaik baik balasan,hanyalah dari Engkau.
-Lapangkanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepadaMu.





p/s:
The Grass is Always Greener on the Other Side.. You Don’t Realize What You Have Until It’s [Nearly] Gone

Assalamualaikum,

Statement:
"Tiada mana2 kaedah fiqh yang membenarkan atau menghalalkan penggunaan teknik mahram tumpang/palsu/tipu utk memperdayakan pihak imigresen ketika pergi melaksanakan umrah." Jadi mengapa ada penganjur2 rombongan umrah yang menggunakan kaedah ini???


Explaination:
Assalamualaikum. Apa yang dibincangkan ialah sekiranya kerajaan Arab SAudi mensyaratkan Mahram ... tetapi sekiranya syarat itu memang dibatalkan mungkin boleh kita berpegang kepada pendapat yang mengatakan boleh bermusafir dengan kumpula...n wanita yang ramai bagi tujuan umrah wajib ketika ini ianya tiada masalah dan tidak timbul isu tipu naharam lagi .... Namun pendapat yang dipegang ramai adalah kena ada mahram baru wajib .... kalau tidak cukup syarat maknanya tidak wajib lagi ... kalaulah ditakdirkan mati sebelum sempat ada mahram matinya tidak berdosa kerana meninggalkan umruh tesebut. ... berpatah balik kepada syarat mahram kerajaan SAaudi tu, sekiranya masih digunakan pakai sampai hari ini, maknanya nak kena tipu lah sikit, di sinilah timbul isunya. adakah dalam kes ini tipu itu dikira wajib atau sunnat atau haram atau makruh sebaliknya. panjang cerita kes ini ... mungkin ada yang bertanya kalau dengan cara tadi tu ... umrah sah ke tidak ... Umrah tu sah la... mcm la kita solat pakai baju curi .... solat sah ... tapi curi tetap haram ...sebab tu dalam fekah kata tak harus curi untuk solat walaupun tiada pakaian sekalipun solat fardhu. maknanya tidak boleh tipu mahram walaupun sah umrah ... lagipun umrah di sini tidak wajib lagi kan .... satu lagi persoalan ... kalau dah tipu mahram (haram hukumnya) dan umrah sah, adakah dapat ganjaran pahala .... befikirlah secara fakih ... maklumat dari kedutaan Saudi kalau wanita yang dah berumur 45 ke atas baru tidak dikenakan mahram ... justeru tak pelu tipu ketika ini ... bolehlah kalau nak difatwa bahawa boleh bermusafir dengan wanita ramai ... tetapi pendapat pertama itu adalah kuat sekali ... tolong sebarkan ,,,, kesimpulannya fatwa ini bergantung kepada syarat yang dikenakan Arab Saudi ... (kesemua ini setelah dibincangkan dengan Prof Madya Dr. Muhammad Muhammad Abu Sayyid Ahmad)

by Us. Akli Ahmad.

p/s:
alwiz want to be there#.huhuhu.

Salam w.b.t,

...i tried to think +ve...but at the end it keep buzzing me.well, lately i don't think i'm in da good-shape to hold/continue this position..i mean the student rep.
My mind is not soo clear enaf...can't think reasonably and rationally.sorry my friendsss.maybe this is my pre-resignation...Muga2 Allah bantu saya merungkaikan simpulan2 ini...by the way...the following video is very nice...byk maksud yg mendalam...SubhanAllah.


Salam,
/////////////////////////////////////
5/28/2011 23:22:23
Advantages
1) More exposure with international community.
2) Better and longer experiences in teaching medicine."
Disadvantages
1) improvements are needed for the hospital's condition.
2) Need more clinical based approach#
/////////////////////////////////////

That was the last comment i read on my google survey. 28/5..now it is 27/6...nearly one month already passed.

[ another story ]
Somebody told me about the group.Need to be divided equally into half...i was thinking about that before this......
nothing left for me there...but how about my 'affiliate' there.did that 'affiliate' beneficial for me?..hurmm...still i'm not sure, it is a good call or not...#i need to do something#.


[ another story ]
Something keep buzzing me around these days...well, hope everything is allrite.FULLSTOP.


Salam wbt,

# at some point, when something distract us a lot from our core business will drive us to feel like to quit doing that thing....but who will continue this legacy if we are not strong enough...
# every person have some responsible...thats mean u will be asked hereafter....
# just remember, not everything in this world you can take it lightly....
# Ujian adalah tarbiyah dari Allah = )

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (2:286) "


Salam wbt,

بسم الله الرحمن الرحيم
By time, (1) Indeed, mankind is in loss, (2) Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience. (3)
http://tanzil.net/#103:1



Bila sebut pasal masa, mmg tak dpt dinafikan ianya bergerak pantas tanpa kita sedar. Masa ni ada kaitan ngn manusia. By time people change~..... bile imbas kembali, byk perubahan pada diri kite sedar xsdar...

All da best for upcoming exam...Doakan untuk kejayaan semua.

p/s:











Haha...sape la nih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Well, dah lama tak menulis kat blog ni. Hari ni nak ambil masa 5 minit je....5 minit jeeeeeeeeee..Apa yang di'repek' kan...kadang2 merepek itu bagus...tapi biarlah berpada agar kerepek yang kite jual tu bukan kerepek 'dgg busuk'..ahaaa...

Nak ckp kat sini pasal exam.sedar tak sedar, time spm dlu ada subjek yg kite rase agak sukar untuk kita paham dan kita igt...by time when we learn something yg mencabar...( yg menggunakan higher cortical center...< merepek jgn pcy )..kita akan lebih paham dan igt bnde yg kite susah nk paham dan nk igt dulu. As an example, dlu nk igt cerebrum ngn cerebellum tu , Ya Allah punya la betuka..bak ore klate kato..tuka tangkiL ( < dibahase baku kan )...bila da belajar neurology yang nak hapal n nak paham tract dia, nak igt dia punya manifestation mcm mne nk beza dia ni TIA/Stroke kt cortex kee brain stem keee lesion mane....tibe2 jd igt..... Ape sbenanye nk kongsi ni?..[ @da la merepek woi, aku byk lg nk stdy...#sape suh ko bace ].........

Ok...sbenanye, ni personal opinion nih tak melibatkan mana-mana agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan atau pun mane2 'persatuan' kat alex nih...Ops! ...urm,okeh...kdg2 when we expect the worst, it will teach us to be better...by this i;m not talking about negative-thinking okeh...be positive..but be moreee positive. jika kita duk dalam zon selesa...contohnye...of course laa some figure/fact yg agak nonsense dlm medic ni ...mcm something irrelevant to remember...its like....nonsense to remember it..haha but when we think something irrelevant will be asked/faced...we will try to understand and remember quite common and important thing...[ errr yeke??? ]....i dont know, this is my inner thought..( OKEH i'M NOT experience neither DELUSION nor HALLUCINATION esp auditory )..

[ @"ding"-loceng ayam osce ONG bebunyik.. #okeh3...nk stop dah ]

oKeh, da cukup 5 minit...haha bukan nk jd skema..tp kdg2 skema tu kene ada tp bertempat...klaka pn kene ada tp bertempat...dan jadi notty pon kene bertempat...[ @err ko nk kate besederhana ke nih? #urmmm mcm ye ].....urm nk share satu video ni ...nice ,lightning nice, voice miyah bil miyah, cara penyampai nice jgk...yg paling baguss content...terigt kata2 org tua sy..."bile g mesir sane,kamu akan lihat byk cara/jenis org....dont be a lawyer/magistrate/judge...if u want to give some advice its ok..but neva be a judge..dont judge people..becoz u will neva know that someone is better than u...only Allah know everything.....keep in mind that, ilmu Allah sgt lah luas maybe he/she know something better than u even in ur eyes it is against u...."

Wallahua'alam Bissawab...Jika ada tak kene dlm post sy kali ni...jgn segan2 tego sy secara berhemah :D....peace No War...Wassalam.





p/s:
Ape tgk2...tgk buku tu..

Mnemonic for basis of difference: STORM Baby
Also remember: In a Lower motor neuron lesion everything lowers

Basis of Difference (STORM Baby) UMNL LMNL
S = Strength Lowers Lowers
T = Tone Increases (spastic) Decreases (flaccid)
O = Others Superficial reflexes absent

Clonus

Fasciculations

Fibrillations

Reaction of degeneration

R = Reflexes = DTR or Deep tendon reflexes Increased Decreased
M = Muscle Mass Slight loss only Decreases / Atrophy
Baby = Babinski Sign Positive (toe up) Negative (toe down)

Salam...

Oh neuro...main kayu tiga nmpknye..haha...harap2 sumenye baik...Usaha,doa dan tawakaL...



"Mohon tuhan berikan aku kekuatan hari ni dan seterusnya utk menatap bukuuuuuuu,lancarkanlah hariku"

p/s:
Exam xlama....tp...mampukah?

Photobucket

Category List

Labels

Powered by Blogger.

Labels

Popular posts

Popular posts

DipEnyet Kali ke:

Web Counter

Flag Counter

free counters

Followers

Powered By Blogger

Social Stuff

Best view with

logo background

Blog Archive

Search this blog

Utusan Online - Muka Hadapan

Malaysiakini

Medscape Medical Students Headlines

Daily Quote